Sunday, 16 October 2016

contoh Surat Kiriman Rasmi cara biasa

Fakulti Seni,Komputeraan dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung malim
Perak Darul Ridzuan

Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail
5586 Jalan Kemudi 3/21
Taman Setia Merdeka
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan                                                                                   1 Februari 2012

Tuan/Puan,

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Dengan segala hormatnya dimaklumat bahawa Fakulti Seni, Komputeraan dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedanag menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.

2.               Sehubungan dengan itu, satu boring soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan boring soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.

3.               Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhalizah Bt. Ahmad Nordin (Telefon : 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my)

Akhir kata,pihak FBK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.

Yang Benar,

________________________________________
DR. MAIZATUL HAYATI MOHAMAD YATIM
Dekan
Fakulti Seni, Komputeraan dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment